Halaman

Khamis, 1 Mac 2012

STPM Baharu - Sistem Modular

Mulai Jun 2012, STPM Baharu akan dilaksanakan mengikut sistem penggal - ada 3 penggal; penggal 1 - Jun hingga Nov 2012, penggal 2 - Jan hingga Mei 2013, penggal 3 & penggal 1 (kumpulan ke 2) - Jun hingga Nov 2013.



PUNCA KUASA


4 Januari 2012 (Rabu): Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bersetuju

(b) (iv) dengan pelaksanaan sistem pentaksiran modular bagi menggantikan sistem peperiksaan terminal dalam peperiksaan STPM mulai sesi pengambilan 2012/2013;

(b) (vi) supaya Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam bagi calon sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan diteruskan bagi peperiksaan STPM sistem modular.

2012 sahaja: Ada dua mod peperiksaan berjalan serentak (Nov/Dis 2012).
6 Atas tidak terjejas (STPM sedia ada:kohort terakhir) dan 6 Bawah
(STPM baharu:kohort pertama)

Sukatan pelajaran STPM baharu mempunyai kandungan yang
dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum mengikut kelompok atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, 2, dan 3 dalam tempoh pengajian selama 1 ½ tahun

Terdapat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM bagi 19 mata pelajaran. 4 mp tiada PBS: BCina (532 calon), BTamil (722 calon),
Lit in Eng (109 calon), dan FMaths (23 calon). Jumlah=53,078

Terdapat peperiksaan bertulis pada setiap penggal persekolahan
tingkatan 6 (Penggal 1, 2, dan 3)

Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan (slip keputusan) juga akan dikeluarkan pada
setiap penggal

Pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir penggal 1 dan/atau penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan
akhir bagi penggal berkenaan pada hujung penggal 3 (hujung tahun)

Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi penggal 3 boleh
juga menduduki semula peperiksaan akhir penggal 3 sahaja pada bulan Mac/April tahun berikutnya

Keputusan peperiksaan STPM (baharu) adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal

Pelajar akan dinilai berdasarkan dua kaedah pentaksiran, PBS dengan wajaran 20-40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60-80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran)

Subjek:

900 Pengajian Am
900/1 Pengajian Am 1 2 jam Penggal 1
900/2 Pengajian Am 2 1½ jam Penggal 2
900/3 Pengajian Am 3 2 jam Penggal 3
900/4 Pengajian Am 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Penggal 2

948 Perakaunan
948/1 Perakaunan 1 2 jam Penggal 1
948/2 Perakaunan 2 2 jam Penggal 2
948/3 Perakaunan 3 1 jam Penggal 3
948/4 Perakaunan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)Penggal 3

946 Pengajian Perniagaan
946/1 Pengajian Perniagaan 1 ½ jam Penggal 1
946/2 Pengajian Perniagaan 2 1½ jam Penggal 2
946/3 Pengajian Perniagaan 3 1½ jam Penggal 3
946/4 Pengajian Perniagaan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Penggal 3

944 Ekonomi
944/1 Ekonomi 1 2 jam Penggal 1
944/2 Ekonomi 2 2 jam Penggal 2
944/3 Ekonomi 3 1 jam Penggal 3
944/4 Ekonomi 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Penggal 3


Nama baharu 922: Kesusasteraan Melayu Komunikatif (dahulu Kesusasteraan Melayu), 950: Mathematics (M) (dahulu Mathematics (S),
958: Information and Communications Technology (dahulu Computing)