Halaman

Isnin, 8 Julai 2013

Pengurusan PBS

A. Fail Induk PBS:
Kandungan:
1. Carta organisasi PBS Tingkatan 6
2. Minit mesyuarat PBS Tingkatan 6
3. Surat Pemberitahuan daripada MPM tentang pelaksanaan PBS
4. Garis panduan umum PBS

B. Fail PBS Guru Mata Pelajaran
1. Carta organisasi PBS Tingkatan 6
2. Garis panduan Umum PBS
3. Manual guru
4. Manual calon
5. Soalan beserta kriteria penilaian dan pemarkahan

Mesyuarat PBS
Syarat:
a. perlu dijalankan sebanyak 3 kali bagi penggl berkenaan
b. dipengerusikan oleh Pengetua
c. mesyuarat tidak bercampur dengan mesyuarat PBS arus perdana

Mesyuarat kali - 1
- Selepas menerima taklimat daripada Penyelaras Negeri.
- Membincangkan perancangan pengendalian PBS

Mesyuarat Kali - 2
- Separuh penggal berkenaan

Mesyuarat Kali - 3
- Selepas selesai key in markah calon dalam e-submission
- Bincangkan kelemahan, kekuatan dan cadangan penambahbaikan

*Minit mesyuarat disemak oleh pengetua




Belanjawan

1. Anggaran jumlah jualan = Unit Jualan x Harga Jualan
2. Jumlah Kutipan Tunai : Jumlah Jualan Tunai + kontrak
3. Jumlah Unit pengeluaran = anggaran jualan + inventori akhir - inventori awal
4. Jumlah bahan mentah perlu dibeli = unit pengeluaran x penggunaan bahan seunit + inventori awal bahan - inventori akhir bahan
5. Kos buruh langsung = unit pengeluaran x jam buruh diperlukan x kos buruh sejam


Khamis, 4 Julai 2013

PBS

Susunan Laporan Kerja Kursus
1)      Kulit hadapan (lampiran 1)
2)      Perakuan calon (lampiran 2)
3)      Borang rekod kerja kursus calon (lampran 3)
4)      Borang markah kerja kursus calon:
                tugasan 1 (lampiran 4)
                tugasan 2 (lampiran 5)

5)      Penulisan laporan kerja kursus 

Ada 2 tugasan:

Tugasan 1: Sistem Perakaunan Berkomputer

Keperluan:
1. Hasil tugasan menggunakan kertas A4 putih sahaja.
2. Hasil tugasan dicetak melalui perisian perakaunan yang digunakan.
3. Laporan kerja kursus dihantar dalam bentuk jilid.

Kriteria Penilaian
1. Latar belakang perniagaan
2. Carta akaun
3. Dokumen sumber (20 dokumen)
4. Kelompok urus niaga (7 kelompok)
5. Laporan Kewangan 
6. Kemahiran Penggunaan Perisian
7. Sesi temubual aplikasi perisian
8. Kemahiran insaniah

Tugasan 2 : Belanjawan

Keperluan:
1. Hasil tugasan menggunakan kertas A4 putih sahaja.
2. Hasil tugasan dicetak melalui  Microsoft Excel, tulisan Times New Roman, saiz 12, ditaip pada sebelah muka surat sahaja.
3. Laporan kerja kursus dihantar dalam bentuk jilid.

Kriteria Penilaian
1. Komponen Belanjawan
2. Lampiran rumus
3. Kreativiti dan persembahan laporan
4. Pembentangan
5. Kemahiran insaniah

Selamat menjalankan PBS...













Penggal 3

Selamat datang Penggal 3 + PBS

13 Sistem Perakaunan Berkomputer
13.1 Pengenalan kepada sistem perakaunan berkomputer (SPB)
13.2 Aplikasi perisian perakaunan

14 Belanjawan
14.1 Pengenalan kepada belanjawan
14.2 Belanjawan induk
14.3 Belanjawan fleksibel

15 Perkongsian
15.1 Pengenalan kepada perkongsian
15.2 Penyediaan akaun
15.3 Penyediaan penyata kewangan
15.4 Perubahan dalam perkongsian
15.4.1 Kemasukan pekongsi baru
15.4.2 Persaraan pekongsi
15.5 Pembubaran perkongsian

16 Syarikat Berhad
16.1 Pengenalan kepada syarikat berhad
16.2 Struktur modal saham
16.3 Terbitan saham
16.4 Rizab
16.5 Penyediaan penyata kewangan

17 Analisis dan Tafsiran Penyata Kewangan
17.1 Pengenalan kepada analisis dan tafsiran penyata kewangan
17.2 Penghitungan dan pentafsiran nisbah

18 Penyata Aliran Tunai
18.1 Pengenalan kepada penyata aliran tunai
18.2 Penyediaan penyata aliran tunai

Khamis, 24 Januari 2013

7.3 Pengelasan Kos



Kos Perkilangan

Operasi perkilangan ialah satu operasi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap. Operasi bukan perkilangan terdiri daripada dua iaitu operasi perdagangan yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barang siap dan operasi perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang lain.

Kos perkilangan adalah bersamaan dengan kos pengeluaran yang terdiri daripada bahan mentah langsung, buruh langsung dan overhed kilang. Bahan mentah langsung ialah bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam pengeluaran produk dan boleh dikesan secara langsung terhadap barang atau produk siap.

Manakala buruh langsung pula yang meliputi gaji, upah dan manafaat yang diberi kepada buruh atau pekerja yang terlibat secara langsung dalam penyediaan sesuatu produk siap.

Overhed kilang ialah semua kos-kos yang dimasukkan dalam pengeluaran selain daripada bahan mentah langsung dan buruh langsung. Bila kita bercakap tentang kos perkilangan, kita perlu melihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga kos di atas dapat menghasilkan kos pengeluaran. Istilah kos penukaran dan kos prima juga akan selalu digunakan dalam membincangkan soal kos perkilangan.


Kos Prima ialah kos utama iaitu kos bahan mentah langsung dan buruh langsung yang digunakan untuk mengeluarkan produk siap. Ia dipanggil kos prima kerana tanpa kedua kos tersebut, produk tidak dapat dihasilkan.

Manakala kos penukaran pula ialah bersamaan dengan buruh langsung dan overhed. Kedua-dua kos ini dipanggil kos penukaran kerana item kos ini digunakan untuk menukar bahan mentah kepada barang siap.

Kos Prima
=
Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung
Kos Penukaran
=
Kos Buruh Langsung + Kos Overhed
Kos Pengeluaran
=
Kos Prima + Kos Overhead
Kos Pengeluaran
=
Kos Bahan Langsung + Kos Penukaran
Kos Pengeluaran
=
Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos Overhed
Kos Pengeluaran
=
Kos Produk

 
Kos Bukan Perkilangan

Kos bukan perkilangan pula adalah kos selain daripada kos perkilangan seperti :-

a. Kos barang niaga iaitu kos mendapatkan barang niaga dan produk siap yang dijual.

b. Kos pemasaran (jualan) iaitu kos yang berkaitan jualan dan pemasaran yang memastikan produk siap sampai kepada pengguna. Contohnya belanja komisen, iklan, sewa pejabat jualan, angkutan jualan dan sebagainya.

c. Kos pentadbiran ialah kos untuk menjalankan operasi sesebuah organisasi.
Contohnya gaji pengurus, susutnilai bangunan pentadbiran, belanja bekalan pejabat dan sebagainya.

d. Kos kewangan ialah kos yang melibatkan hal berkaitan dengan kewangan seperti faedah pinjaman, insurans

7.2 Pengenalan kepada pengurusan kos



7.2 Pengenalan kepada pengurusan kos   

(a)  Perbezaan kos dengan belanja;

Kos ialah pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk mendapatkan aset yang lain. Contohnya wang tunai dibayar untuk membeli sebuah mesin atau peralatan. Kos juga dikenali sebagai belanja yang boleh diinventorikan. Ini kerana, perbelanjaan yang dilakukan untuk mengeluarkan sesuatu produk  iaitu  membeli bahan mentah, membayar upah buruh dan membayar overhed merupakan kos. Ini disebabkan produk yang dikeluarkan dan belum dijual merupakan aset perniagaan iaitu inventori.

Belanja merupakan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk memperoleh hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan. Contohnya, belanja operasi perniagaan seperti gaji, utiliti, bil elektrik yang perlu dibayar bagi membolehkan barangniaga dijual kepada pengguna.

Contoh kos (kos belum luput = kos aset)
Contoh belanja (kos telah luput)
Peralatan
Belanja susutnilai peralatan
Insurans prabayar
Belanja insurans
Inventori bahan mentah
Bahan mentah diguna
Bekalan
Belanja bekalan

 (b) Skop pengurusan kos :

  • pengumpulan, 
  • perekodan, 
  • pengelasan, 
  • penganalisisan, dan
  • pengagihan kos
 
7.3 Pengelasan kos