Halaman

Sabtu, 29 September 2012

Bab 1 Pengenalan Kepada Perakaunan Kewangan

PENGENALAN
Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan, dan lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.

DEFINISI PERAKAUNAN

“Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta mentafsirkannya.”

“Satu seni untuk merekod, meringkas, mengkelas, menganalisa dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi.”

“Satu seni merekod, mengkelas dan meringkaskan data-data mengenai peristiwa dan urusniaga secara sistematik dan bererti dengan nilai wang serta mentafsirkan maklumat-maklumat perakaunan yang dihasilkan darinya.”



PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN


















Peperiksaan STPM Penggal 1 2012

Penting..
  
Peperiksaan STPM penggal 1 2012 hampir tiba.

5 November 2012
- Pengajian Am
- Perakaunan

 7 November 2012
- Pengajian Perniagaan

8 November 2012
- Ekonomi

Para pelajar yang disayangi, sila bersedia...

Khamis, 1 Mac 2012

STPM Baharu - Sistem Modular

Mulai Jun 2012, STPM Baharu akan dilaksanakan mengikut sistem penggal - ada 3 penggal; penggal 1 - Jun hingga Nov 2012, penggal 2 - Jan hingga Mei 2013, penggal 3 & penggal 1 (kumpulan ke 2) - Jun hingga Nov 2013.



PUNCA KUASA


4 Januari 2012 (Rabu): Mesyuarat Jemaah Menteri (MJM) bersetuju

(b) (iv) dengan pelaksanaan sistem pentaksiran modular bagi menggantikan sistem peperiksaan terminal dalam peperiksaan STPM mulai sesi pengambilan 2012/2013;

(b) (vi) supaya Dasar Pemansuhan Yuran Peperiksaan Awam bagi calon sekolah Kerajaan dan sekolah bantuan Kerajaan diteruskan bagi peperiksaan STPM sistem modular.

2012 sahaja: Ada dua mod peperiksaan berjalan serentak (Nov/Dis 2012).
6 Atas tidak terjejas (STPM sedia ada:kohort terakhir) dan 6 Bawah
(STPM baharu:kohort pertama)

Sukatan pelajaran STPM baharu mempunyai kandungan yang
dibahagikan kepada tiga bahagian kurikulum mengikut kelompok atau mengikut kesesuaian bidang kajian disiplin untuk mengisi tiga penggal, iaitu Penggal 1, 2, dan 3 dalam tempoh pengajian selama 1 ½ tahun

Terdapat Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) STPM bagi 19 mata pelajaran. 4 mp tiada PBS: BCina (532 calon), BTamil (722 calon),
Lit in Eng (109 calon), dan FMaths (23 calon). Jumlah=53,078

Terdapat peperiksaan bertulis pada setiap penggal persekolahan
tingkatan 6 (Penggal 1, 2, dan 3)

Pentaksiran pencapaian pelajar akan dijalankan pada setiap penggal dan keputusan peperiksaan (slip keputusan) juga akan dikeluarkan pada
setiap penggal

Pelajar dibenarkan untuk memperbaiki keputusan peperiksaan akhir penggal 1 dan/atau penggal 2 dengan menduduki semula peperiksaan
akhir bagi penggal berkenaan pada hujung penggal 3 (hujung tahun)

Pelajar yang tidak mencapai keputusan yang baik bagi penggal 3 boleh
juga menduduki semula peperiksaan akhir penggal 3 sahaja pada bulan Mac/April tahun berikutnya

Keputusan peperiksaan STPM (baharu) adalah berdasarkan gabungan keputusan terbaik bagi ketiga-tiga penggal

Pelajar akan dinilai berdasarkan dua kaedah pentaksiran, PBS dengan wajaran 20-40%, dan peperiksaan akhir berpusat dengan wajaran 60-80%. (Peratusan wajaran berbeza mengikut mata pelajaran)

Subjek:

900 Pengajian Am
900/1 Pengajian Am 1 2 jam Penggal 1
900/2 Pengajian Am 2 1½ jam Penggal 2
900/3 Pengajian Am 3 2 jam Penggal 3
900/4 Pengajian Am 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Penggal 2

948 Perakaunan
948/1 Perakaunan 1 2 jam Penggal 1
948/2 Perakaunan 2 2 jam Penggal 2
948/3 Perakaunan 3 1 jam Penggal 3
948/4 Perakaunan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah)Penggal 3

946 Pengajian Perniagaan
946/1 Pengajian Perniagaan 1 ½ jam Penggal 1
946/2 Pengajian Perniagaan 2 1½ jam Penggal 2
946/3 Pengajian Perniagaan 3 1½ jam Penggal 3
946/4 Pengajian Perniagaan 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Penggal 3

944 Ekonomi
944/1 Ekonomi 1 2 jam Penggal 1
944/2 Ekonomi 2 2 jam Penggal 2
944/3 Ekonomi 3 1 jam Penggal 3
944/4 Ekonomi 4 (Pentaksiran Berasaskan Sekolah) Penggal 3


Nama baharu 922: Kesusasteraan Melayu Komunikatif (dahulu Kesusasteraan Melayu), 950: Mathematics (M) (dahulu Mathematics (S),
958: Information and Communications Technology (dahulu Computing)

Selasa, 2 Mac 2010

Topik Utama Perakaunan STPM

Kita belum tahun potensi kita yang sebenar melainkan setelah kita BERUSAHA bersungguh-sungguh

Bab 1: Pengenalan
1. Takrif
2. Tujuan
3. Skop
4. Sejarah perkembangan perakaunan sejak abad ke 15
5. Pengguna laporan Penyata Kewangan

Bab 2: Prinsip Perakaunan
1. Pengenalan
2. Kepentingan Prinsip, doktrin, andaian, konvensyen:
3. Catatan bergu
4. Kos sejarah
5. Usaha berterusan
6. Tempoh perkaunan
7. Wang sebagai ukuran
8. Mata wang stabil
9. Entiti berasingan
10. Realisasi / pengiktirafan hasil
11. Kepentingan :
12. Kebertanggungjawaban
13. Keobjektiran
14. Kematerialan
15. Ketekalan
16. Konservatisma
17. Pemadanan
18. Pendedahan penuh
19. penghematan

Bab 3: Kitaran Perakaunan
1. Pengenalan
2. Kitaran perakaunan :
3. Dokumen sumber  kunci kira-kira



Bab 4: Pendapatan dan perbelanjaan
1. Pendapatan
2. Pendapatan hasil
3. Pendapatan modal
4. Perbelanjaan
5. Perbelanjaan hasil
6. Perbelanjaan modal
7. Kepentingan
8. Perbezaan
9. Kesan kepada untung dan kedudukan kewangan

Bab 5: Pelarasan pada akhir tempoh
1. Asas perakaunan – tunai, akruan
2. Belanja
3. Hasil
4. Susut nilai
5. Peruntukan hutang ragu
6. Hutang lapuk

Bab 6: Pembetulan kesilapan
1. Kesilapan yang tidak menjejaskan imbangan duga
2. Kesilapan yang menjejaskan imbangan duga
3. Cara mengesan kesilapan
4. Cara pembetulan

Bab 7: Aset
1. Aset semasa
2. Tunai
3. Sekuriti boleh pasar
4. Item belum terima
5. Penilaian Inventori
6. Hasil terakru

Bab 7: Aset
1. Pelaburan dalam syarikat subsidiari dan syarikat bersekutu
2. Aset tak ketara
3. Perbelanjaan belum hapus kira
4. Aset tetap

Bab 8: Liabiliti
1. Liabiliti semasa
2. Liabiliti jangka panjang

Bab 9: Ekuiti Pemilik
1. Pengenalan
2. Keempunyaan tunggal
3. Perkongsian
4. syarikat

Bab 10: Hasil dan belanja
1. Hasil
2. Belanja
3. Pemadanan hasil dan belanja
4. Persembahan dalam penyata pendapatan dan kunci kira-kira

Bab 11: Penyata Kewangan
1. Penyata pendapatan
2. Kunci kira-kira
3. Penyata sumber dan penggunaan dana

Bab 12: Rekod Tak Lengkap
1. Kaedah perbandingan
2. Kaedah analisis

Bab 13: Catatan Tunggal


Bab 14: Persatuan dan Kelab
1. Akaun Yuran
2. Akaun Penerimaan dan Pembayaran
3. Akaun Pendapatan dan Perbelanjaan

Bab 15: Koperasi
1. Prinsip2 koperasi
2. Penubuhan koperasi
3. Pengurusan
4. Akaun dan audit
5. Pengagihan untung
6. Rizab berkanun dan rizab pendidikan
7. Dividen dan rebet kpd ahli
8. Rizab modal
9. Perbezaan antaran koperasi dan syarikat
10. Koperasi sekolah

Bab 16: Perakaunan Pengurusan
1. Pengenalan umum
2. Fungsi perakaunan pengurusan
3. Hubung kait dan perbezaan dengan perakaunan kewangan
4. Peranan akauntan dalam pengurusan
5. Proses pengumpulan kos
6. Tujuan pengekosan

Bab 17: Konsep Kos
1. Unsur kos
2. Jenis kos dan gelagat kos

Bab 18: Pengurusan Kos Bahan
1. Pengenalan – takrif bahan, unsur bahan
2. Pengumpulan kos bahan
3. Kuantiti pesanan ekonomi (EOQ)

Bab 19: Pengurusan Kos Buruh
1. Jenis Buruh
2. Unsur kos buruh
3. Pengelasan unsur kos buruh
4. Penentuan masa kerja dan bilangan output
5. Kaedah penentuan ganjaran
6. Tatacara merekod upah

Bab 20: Pengurusan Kos Overhed
1. Pengenalan
2. Pengumpulan kos overhed
3. Pengelasan kos overhed
4. Pengagihan kos overhed
5. Penghitungan kaedah serapan overhed pratentu
6. Pengawalan kos overhed

Bab 21: Kaedah Pengekosan
1. Kaitan antara lejar kos dengan rekod perakaunan
2. Tempahan kerja
3. Pengekosan proses

Bab 22: Pengekosan Perkhidmatan
1. Pengenalan
2. Jenis kos
3. Kaedah pengumpulan kos

Bab 23: Teknik Pengekosan
1. Pengenalan – kos keluaran, kos tempoh
2. Pemecahan kos kepada kos tetap dan kos berubah
3. Perbandingan teknik pengekosan
4. Laporan pengurusan

Bab 24: analisis kos-volum-untung
1. Pengenalan
2. Konsep margin caruman
3. Kaedah penentuan titik pulang modal
4. Margin keselamatan

Bab 25: Pembuatan keputusan
1. Pengekosan relevan
2. Belanjawan modal
3. Laporan pengurusan

Bab 26: Belanjawan
1. Belanjawan induk – jualan, pengeluaran, penggunaan, belian, buruh langsung, overhed langsung, belanja jualan dan perkhidmatan, tingkat inventori, Tunai, Modal pelaburan
2. Penyata proforma
3. Belanjawan boleh ubah
4. perbandingan

Bab 27: Pengekosan Piawai
1. Pengenalan
2. Analisis varians
3. Merekod varians dalam lejar kos
4. Laporan pengurusan

Bab 28: Kawalan Dalaman
1. Pengenalan
2. Unsur kawalan dalaman
3. Tatacara kawalan
4. Kaedah kawalan dalaman bahan
5. Had kawalan dalaman

Bab 29: Komputer dalam perakaunan
1. Sistem perakaunan manual
2. Pengenalan kepada perakaunan berkomputer
3. Kelebihan dan kelemahan
4. Pertimbangan dalam memilih sistem perakaunan berkomputer / manual
5. Sistem perakaunan berkomputer
6. Perisian yang sesuai

Bab 30: laporan diterbitkan
1. Pengenalan
2. Format laporan
3. Pemahaman tentang kandungan laporan diterbitkan
4. Analisis dan tafsiran penyata kewangan
5. Jenis nisbah dan cara penghitungan – nisbah kecairan, nisbah gearan, nisbah aktiviti, nisbah keberuntungan, nisbah pulangan pelaburan
6. Analisis penyata kewangan
7. Tafsiran penyata kewangan
8. Had-had penggunaan analisis nisbah kewangan

Format Peperiksaan Perakaunan STPM

KERTAS 1
Kertas ini mengandungi 6 soalan.
Calon dikehendaki menjawab Soalan 1 dan mana-mana 3 soalan lain.
Soalan 1 akan dikemukakan berasaskan Prinsip, kaedah, doktrin Perakaunan, analisis penyata kewangan.
Soalan 2, 3, 4, 5, 6 bertumpu kepada Perakaunan kewangan
Markah bagi setiap soalan adalah 25 markah.
Masa yang diuntukkan ialah 3 jam
Kertas ini mempunyai wajaran 50%

Buku-buku rujukan
Teks lengkap STPM Perakaunan Kewangan – Low Joon Yean (Federal Publication)
Kursus Matrikulasi Fajar Bakti : Perakaunan Kewangan – Wan Madznah Wan Ibrahim
Perakaunan Jilid I – Barjoyai Bardai dsb – Fajar Bakti
Cerdik Publication : Perakaunan Kewangan – Prinsip dan amalan di Malaysia , Takiah Mohd Iskandar, Norida Basnan Jilid 1, 2

KERTAS 2
Kertas ini mengandungi 6 soalan.
Calon dikehendaki menjawab Soalan 1 dan mana-mana 3 soalan lain.
Soalan 1 akan dikemukakan berasaskan Sistem Perakaunan dan Pengekosan, Sistem Kawalan Dalaman dan Komputer dalam Perakaunan.
Soalan 2, 3, 4, 5, 6 bertumpu kepada Perakaunan Pengurusan
Markah bagi setiap soalan adalah 25 markah.
Masa yang diuntukkan ialah 3 jam
Kertas ini mempunyai wajaran 50%

Buku-buku rujukan
Teks lengkap STPM Perakaunan Kos dan Pengurusan – Low Joon Yean (Federal Publication)
Kursus Matrikulasi Fajar Bakti : Perakaunan Pengurusan – Wan Madznah Wan Ibrahim dsb
Perakaunan Pengurusan – Shamsul Nahar Abdullah – Penerbit Univ. Utara M’sia
Perakaunan Kewangan dan Pengurusan Jld 2 – Koh Seng Tiam dan Lian Koh – Fajar Bakti
Perakaunan Jilid II – Barjoyai Bardai dsb – Fajar Bakti
Perakaunan Pengurusan Matrikulasi – Rozita Jusoh – Fajar Bakti

Rabu, 13 Januari 2010

Sukatan Pelajaran

Selamat datang ke blog ini. Semoga ilmu yang sedikit ini dapat dikongsi dengan semua yang memerlukannya.
Sebagai permulaan, disertakan di sini Sukatan Pelajaran Perakaunan Ting. 6 untuk Kertas 1 dan Kertas 2:

Kertas 1:
1. Pengenalan
2. Prinsip Perakaunan
3. Kitaran Perakaunan
4. Pendapatan dan Perbelanjaan
5. Pelarasan pada akhir tempoh
6. Pembetulan Kesilapan
7. Aset
8. Liabiliti
9. Ekuiti Pemilik
10. Hasil dan belanja
11. Penyata Kewangan
12. Rekod tak lengkap
13. Catatan tunggal
14. Persatuan dan kelab
15. Koperasi

Kertas 2:
1. Perakaunan pengurusan
2. Konsep kos
3. Pengurusan kos bahan
4. Pengurusan kos buruh
5. Pengurusan kos overhed
6. Kaedah pengekosan
7. Pengekosan perkhidmatan
8. Teknik pengekosan
9. Analisis kos volum untung
10. Pembuatan Keputusan
11. Belanjawan
12. Pengekosan Piawai
13. Kawalan Dalaman
14. Komputer dalam perakaunan
15. laporan diterbitkan

Selamat Studi...