Halaman

Sabtu, 29 September 2012

Bab 1 Pengenalan Kepada Perakaunan Kewangan

PENGENALAN
Perakaunan memainkan peranan penting dalam sistem ekonomi kita. Perakaunan menyediakan maklumat yang berguna kepada pembuat keputusan seperti individu, perniagaan, kerajaan, dan lain-lain terutama sekali dalam membuat keputusan berkaitan perkara-perkara yang melibatkan kewangan. Perniagaan memerlukan maklumat perakaunan untuk membolehkannya beroperasi dengan baik dan mencapai maklumat. Tanpa maklumat perakaunan, pengurus perniagaan tidak dapat mengawal kos, menetapkan harga jualan dan menyediakan belanjawan.

DEFINISI PERAKAUNAN

“Perakaunan merupakan satu proses mengenalpasti, merekod, mengkelas dan meringkas semua urusniaga secara sistematik dalam nilai wang dan melaporkan serta mentafsirkannya.”

“Satu seni untuk merekod, meringkas, mengkelas, menganalisa dan mengkomunikasi maklumat-maklumat dari peristiwa ekonomi.”

“Satu seni merekod, mengkelas dan meringkaskan data-data mengenai peristiwa dan urusniaga secara sistematik dan bererti dengan nilai wang serta mentafsirkan maklumat-maklumat perakaunan yang dihasilkan darinya.”



PENGGUNA MAKLUMAT PERAKAUNAN


















Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan