Halaman

Khamis, 24 Januari 2013

7.2 Pengenalan kepada pengurusan kos



7.2 Pengenalan kepada pengurusan kos   

(a)  Perbezaan kos dengan belanja;

Kos ialah pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk mendapatkan aset yang lain. Contohnya wang tunai dibayar untuk membeli sebuah mesin atau peralatan. Kos juga dikenali sebagai belanja yang boleh diinventorikan. Ini kerana, perbelanjaan yang dilakukan untuk mengeluarkan sesuatu produk  iaitu  membeli bahan mentah, membayar upah buruh dan membayar overhed merupakan kos. Ini disebabkan produk yang dikeluarkan dan belum dijual merupakan aset perniagaan iaitu inventori.

Belanja merupakan pengorbanan sesuatu aset atau sumber untuk memperoleh hasil dalam sesuatu tempoh perakaunan. Contohnya, belanja operasi perniagaan seperti gaji, utiliti, bil elektrik yang perlu dibayar bagi membolehkan barangniaga dijual kepada pengguna.

Contoh kos (kos belum luput = kos aset)
Contoh belanja (kos telah luput)
Peralatan
Belanja susutnilai peralatan
Insurans prabayar
Belanja insurans
Inventori bahan mentah
Bahan mentah diguna
Bekalan
Belanja bekalan

 (b) Skop pengurusan kos :

  • pengumpulan, 
  • perekodan, 
  • pengelasan, 
  • penganalisisan, dan
  • pengagihan kos
 
7.3 Pengelasan kos
 


Tiada ulasan:

Catat Ulasan