(d) Fungsi perakaunan pengurusan dalam
perancangan, kawalan, dan pembuatan keputusan;
1. membuat
perancangan
Dengan
menganalisis maklumat dan aktiviti kos yang lepas serta membandingkan dengan
maklumat kos yang terkini, ia akan
membantu membuat perancangan yang lebih baik dan mempertingkatkan prestasi
perniagaan. Perancangan merupakan proses menetapkan matlamat serta membentuk cara ke arahmencapai matlamat tersebut. Proses ini termasuklah membuat belanjawan yangmerupakan terjemahan perancangan ke dalam bentuk angka. Ini membantu dalam penyelarasan, pelaksanaan dan perancangan. Sebagai contoh
anggaran hasil dan belanja bagi tempoh sebulan. Perancangan bertujuan membantu pihak pengurusan
bersedia untuk berhadapan
dengan sesuatu yang akan berlaku. Ini termasuklah membuat tindakan dan pilihan-pilihan yang wajar mengikut kesesuaian keadaan. Sebaliknya jika tiada perancangan, pihak pengurusan terpaksa bertindak secara reaktif dan sudah tentu akan mengalami kesulitan apabila sesuatu yang berlaku itu di luar jangkaan. Ringkasnya, perancangan adalah berkaitan dengan menjawab persoalan
berikut:
·
Menetapkan matlamat (objektif)
·
Menjangka dan meramal keputusan yang akan dicapai di masa
hadapan
·
Bagaimanakah untuk mendapatkannya?
·
Menentukan beberapa cara (pemilihan alternatif)
2. membuat
kawalan
Kawalan merupakan proses untuk memastikan sesuatu matlamat itu tercapai selari dengan apa yang dirancangkan dalam belanjawan. Jika tidak tercapai tindakan susulan akan
diambil bagi mencapai matlamat tersebut.
Kawalan penting untuk menentukan operasi jabatan,proses dan kos dalam keadaan
terkawal. Ia membolehkan setiap bahagian dalam organisasi bekerja dengan cekap
untuk mencapai objektif syarikat yang telah ditetapkan. Penilaian
prestasi adalah penting bagi mengesan sebarang masalah serta membuat tindakan susulan. Dalam perakaunan
pengurusan, kawalan merupakan satu perbandingan di antara keputusan yang dirancang dengan keputusan yang diperolehi.
Keputusan ini perlu dinilai dengan segera agar tindakan susulan boleh diambil jika keputusan yang
diperolehi tadi tidak menepati dengan perancangan
yang di buat. Sebarang perbezaan (varians) di antara keputusan
sebenar dan belanjawan memerlukan tindakan susulan
diambil untuk mencari punca-punca berlakunya perbezaan tersebut dan mungkin pembetulan
dan penyemakan ke atas rancangan dan
matlamat asal syarikat perlu dilakukan. Sebarang varians yang
signifikan dan bermasalah perlu diambil tindakan supaya
ianya tidak berlaku lagi di masa hadapan
Dengan cara ini, pengurus akan sentiasa dapat mengawal aktiviti-aktiviti
operasi bagi memastikan objektif firma tercapai.
3. membuat keputusan
Pembuatan keputusan melibatkan pemilihan alternatif dan tindakan yang perlu diambil. Maklumat kos yang
dipersembahkan dengan betul dan tepat amat berguna kepada pihak pengurusan
dalam membuat keputusan yang boleh memneri kesan terhadap prestasi dan
kedudukan kewangan perniagaan sama ada dalam jangksa masa pendek atapun
panjang. Contohnya,perakaunan kos membolehkan pihak pengurusan menentukan kos
pelbagai kerja dan proses, ia juga dapat menentukan pelbagai kerugian dan
pembaziran sebelum kerja disiapkan. Dengan ini keputusan yang cepat dapat diambil
untuk mengelak kerugian yang lebih besar.
Di dalam membuat keputusan proses berikut harus dilalui:-
1. Penentuan objektif
2. Penentuan alternatif-alternatif yang ada,
3. Penilaian dan perbandingan antara alternatif-alternatif,
dan
4. Pemilihan alternatif
Keputusan yang perlu dibuat oleh pengurusan boleh
dikelaskan kepada tiga jenis iaitu:-
1. Keputusan jangka panjang atau keputusan strategik – melibatkan keputusan
dalam polisi, struktur organisasi
dan rancangan jangka panjang. Keputusan jangka panjang sangat tidak rutin atau
jarang dibuat dan mengambil tempoh lima atau 10 tahun.
2. Keputusan khas atau taktikal – keputusan ini timbul apabila keadaan-keadaan tertentu terjadi seperti keputusan menerima atau menolak pesanan dan
keputusan membuat atau membeli. Keputusan khas ini juga tidak begitu rutin
dilakukan.
3. Keputusan operasi – melibatkan keputusan yang sering dibuat setiap hari mengenai operasi dan aktiviti-aktiviti normal syarikat seperti menentukan harga jualan produk atau perkhidmatan, pembelian bahan mentah dan pengambilan
tenaga buruh.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan