Halaman

Khamis, 24 Januari 2013

Aliran perakaunan masa kini




ALIRAN PERAKAUNAN MASA KINI 


Implementasi Perkilangan JIT
Di bawah sistem perkilangan JIT, keluaran hanya dikeluarkan hanya apabila diperlukan dan hanya di dalam kuantiti yang diminta oleh pelanggan. Bahan mentah juga akan dibeli hanya apabila I akan digunakan untuk pengeluaran,
Proses perkilangan yang berfalsafah-:an sistem RT mengi-irangkan inventori kepada tahap yang lebih rendah dari sistern konvensional, meningkatkan penekanan atas kawalan kualiti dan menyebabkan perubahan dalam cara pengendalian pengeluaran. Kesannya, pengeluar akan dapat menjimatkan kos dalam jundah yang signifikan kerana melalui falsafah perkilangan JIT kos pegangan inventori dapat dikurangkan dan seterusnya sumber yang digunakan untuknya sebelum ini dapat digunakan untuk menangani masalah yang lain.

Peningkatan Keperluan Kualiti
Asas kepada kejayaan dalam persekitaran persaingan bertaraf dunia menekankan pengeluaran yang mencapai tahap kualiti yang membanggakan di samping pengurangan sebarang sisa dan kerosakan. Kawalan kualiti menyeluruh atas keluaran kini menjadi falsafah bagi pengeluar-pengeluar barangan. Peningkatan kualiti akan menambah kebolehan untuk firma bersaing.

Pelbagaian Keluaran Dan Kitaran Hayat Pendek
Pada masa kini, kebanyakan firma mengeluarkan keluaran dalarn pelbagai kumpulan dan menggunakan sumber-sumber pada kadar yang berbeza. Kemajuan teknologi juga menjadikan hayat keluaran tertentu semakin pendek. Pengurus harus berupaya bertindakbalas dengan cepat terhadap perubahan pasaran. Maklumat yang mencukupi haruslah dapat disediakan dengan cepat.

Perkilangan Berintegrasi Komputer
Proses berintensifkan buruh kini telah banyalk beralih kepada proses berintensifkan komputer. Sistem perkilangan berintegrasi komputer (Computer-integrated Manufacturing - CIM) kini menjadi satu fenomena biasa. Di bawah proses CIM, komputer mengawal seluruh proses pengeluaran, dengan itu kos-kos yang dilibatkan oleh pengeluar juga menjadi berbeza dari persekitaran peikilangan konvensional.

Diregulasi Industri Perkhidmatan
Terdapat semakin banyak syarikat pada masa ini yang inenyediakan perkhidmatan kewangan, perubatan., komunikasi, pengangkutan dan perundingan. Peningkatan persaingan daiam industri perkhidmatan menyedarkan akauntan pengurusan tentang pentingnya maklumat perakaunan untuk tujuan merancang, mengawal dan membuat keputusan khusus untuk industri tersebut. Teknik-teknik perakaunan pengurusan haruslah disesuaikan untuk menangani perkembangan dalam industri perkhidmatan ini.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan