Halaman

Khamis, 24 Januari 2013

sambung .. Bab 7



(a)  Perakaunan pengurusan dan perakaunan kos;

Perakaunan pengurusan merupakan cabang perakaunan yang menjurus kepada penyediaan maklumat bagi kegunaan pihak dalaman. Oleh itu akauntan bagi sesebuah organisasi bertanggungjawab untuk memberi maklumat yang berkaitan kepada pengurus pengurus jabatan untuk kegunaan mereka dalam proses membuat keputusan. Ini termasuklah belanjawan, penyata pro forma, laporan prestasi, keputusan berkait dengan perletakan harga, penembusan pasaran, membuat atau membeli produk atau keputusan pembiayaan dan berbagai lagi bentuk laporan yang memerlukan kemahiran dan pengalaman yang ada pada akauntan pengurusan. Tanpa perancangan yang betul matlamat firma mungkin tidak tercapai. Oleh itu perakaunan pengurusan merupakan bahagian yang penting dalam proses membuat keputusan kerana keseluruhan perancangan yang melibatkan belanjawan dibina berdasarkan maklumat laporan perakaunan.
Perakaunan kos merupakan sebahagian daripada perakaunan pengurusan yang menyediakan kos yang dibelanjawankan serta kos piawai dan kos sebenar bagi operasi, proses jabatan atau keluaran serta analisis varian,keboleh untungan dan kegunaan kewangan kepada social. (CostingT. Lucey, ms. 1). Perakaunan kos merupakan pemprosesan dan penilaian data kos operasi untuk mengeluarkan maklumat bagi pelaporan kewangan, perancangan dan kawalan dalaman dan bagi keputusan-keputusan tertentu. (Perakaunan Pengurusan, Daeng Mohd Nasir,ms. 10). Kesimpulannya, perakaunan kos ialah proses mengumpul, menentukan dan melapor kos bagi produk dan aktiviti seperti kos buruh, kos bahan, kos overhed.
  
PERAKAUNAN PENGURUSAN, PERAKAUNAN KEWANGAN DAN PERAKAUNAN KOS

Dua subsistern utama sistem maklumat perakaunan adalah perakaunan pengurusan dan perakaunan kewangan. Kew-ujudan dua subsistem ini adalah kerana wujud dua pengguna maklurnat yang berminat terhadap maklumat perakaunan dengan penekanan yang berbeza.
 
Pengguna maklumat itu boleh dikelaskan kepada pengguna luaran dan pengguna dalaman. Pengguna luaran terdiri dari mereka yang mernpunyai kepentingan terhadap firma tetapi tidak terlibat secara langsting di dalam pengurusan organisasi. Mereka terdiri dari pemegang saham, bakal pelabur, sipiutang dan pihak kerajaan.


Pengguna dalaman adalah mereka yang terlibat secara langsung di dalarn operasi harian organisasi. Mereka terdiri dari pihak pengurusan dan kakitangan sesebuah organisasi.

Maklumat yang disediakan oleh perakaunan pengurusan menekankan kepada keperluan pengurus-pengurus dalam organisasi manakala maklumat perakaunan kewangan adalah untuk tujuan pelaporan kepada pengguna luaran.
Jangkamasa yang diliputi oleh laporan yang disediakan dalam perakaunan pengurusan bergantung kepada keperluan pihak pengurusan. Ia boleh jadi secara semasa, harian, bulanan setahun atau sepuluh tahun. Laporan yang disediakan oleh perakaunan kewangan yangan biasanya rneliputi satu jangkamasa perakaunan.
Berbeza dengan perakaunan kewangan, perakaunan pengurusan tidak tertakluk kepada prinsip perakaunan diterinna urnum. Pengurus bebas memilih maklumat yang diperlukan asalkan maklumat yang, disediakan mempunyai benafaat melebihi kos menyediakan maklumat tersebut.
Selain dari perbezaan, yang disebutkan, terdapat persamaan di antara maklumat ¬perakaunan kewangan dan perakaunan pengurusan, kerana keduanya mengambil data dari sistern asas perakaunan organisasi.
Perakaunan kos adalah perakaunan pengurusan dan sebahagian perakaunan kewangan. Ia adalah perakaunan pengurusan kerana ia menyediakan rnaklumat untuk pengguna dalaman seperti data kos pengeluaran, membantu keputusan perletakan harga dan kawalan kos. Perakaunan kos juga menyediakan maklumat untuk penguna luaran misalnya maklumat penilaian inventori untuk tujuan penyediaan kunci kira-kira.


AKAUNTAN PENGURUSAN
Akauntan pengurusan bertanggungjawab untuk mengumpul, memproses dan melapor maklumat yang dapat membantu pihak pengurusan organisasi merancang, mengawal dan membuat keputusan. Di dalam sesebuah organisasi, akauntan pengurusan mempunyai peranan sebagai penyokong kepada mereka yang bertanggungjawab menjalankan objektif asas organisasi. Mereka yang mempunyai tanggungjawab langsung terhadap objektif asas organisasi mempunyai kedudukan lini dalam carta organisasi manakala mereka yang menyokong dan hanya mempunyai tanggungjawab tidak langsung terhadap objektif asas organisasi berada di kedudukan staf di dalam carta organisasi.







Tiada ulasan:

Catat Ulasan