Halaman

Khamis, 24 Januari 2013

sambung lagi..



(e) Hubung kait perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan;

Perakaunan Kewangan melibatkan proses perekodan maklumat kewangan bagi sesebuah perniagaan mengikut prinsip perakaunan yang diterima umum. Data yang direkod akan diringkaskan dan dipersembahkan dalam bentuk penyata kewangan. Laporan analisis penyata kewangan akan digunakan oleh pihak berkepentingan (dalaman dan luaran) untuk membuat keputusan dan perancangan. Perakaunan pengurusan menjurus kepada penyediaan maklumat untuk pihak pengurusan (pengguna dalaman) membuat keputusan dan perancangan masa hadapan. Akauntan  pengurusan menggunakan data yang lepas yang disediakan oleh akauntan kewangan untuk membantu pengurusan membuat anggaran serta mengenalpasti tindakan alternatif sebelum membuat sesuatu keputusan.



(f)  Perbandingan perakaunan pengurusan dengan perakaunan kewangan dari sudut jenis pengguna, pemasaan laporan, tujuan laporan, jenis maklumat digunakan, bentuk laporan yang dihasilkan, dan peraturan penyediaan laporan.



Ciri-ciri
Perakaunan pengurusan
Perakaunan kewangan
Pengguna
Pihak dalaman seperti pengarah dan pengurus-pengurus dalam perniagaan itu sendiri.
Pihak luaran seperti pemegang saham, bakal pelabur,  pemiutang, bank dan juga agensi kerajaan
Pemasaan Laporan
Masa Hadapan - merancang dan menjangka sesuatu yang masih belum berlaku. Lebih menumpukan kepada aktiviti
yang mempengaruhi keputusan masa depan.
Menyediakan belanjawan.
Masa lepas
Merupakan ringkasan kepada
aktiviti yang telah lepas. Menyediakan laporan kewangan.

Tujuan laporan
Menyediakan maklumat bagi kumpulan pengguna tertentu bagi tujuan yang khusus dan pembuatan keputusan yang spesifik
Menyediakan maklumat umum untuk semua pengguna
Jenis maklumat
Kewangan dan bukan kewangan
Lebih fleksibel dan relevan dan menumpukan kepada ketepatan data berdasarkan masa ianya berlaku.
Kewangan sahaja
Lebih berobjektif dan pelbagai
dan melihat kepada data yang
tepat.
Bentuk laporan
Bergantung kepada kegunaan dan kepentingan pihak pengurusan.
Laporan adalah terperinci dan
melaporkan mengikut bahagia, produk, pelanggan atau segmen.
Seragam kepada semua syarikat
Hanya data-data yang telah diringkaskan yang dilaporkan dalam laporan tahunan dan mewakili keseluruhan organisasi.
Peraturan
Tidak terikat dengan sebarang peraturan
Tidak perlu mengikut Prinsip
Perakaunan Yang Diterima Umum (GAAP)
Laporan perlu disediakan mengikut Prinsip Perakaunan Yang Diterima Umum (GAAP), Akta Syarikat 1965, Akta Perkongsian 1961, Peraturan oleh Bank Negara Malaysia



ALIRAN PERAKAUNAN MASA KINI
Kaedah-kaedah pengekosan dan amalan perakaunan pengurusan telah dibentuk dan digunakan untuk satu jangkamasa yang lama. Sejak kebelakangan ini, tekanan persaingan dari seluruh dunia telah mengubah bentuk ekonomi dan membentuk persekitaran perakaunan pengurusan yang baru
sekurang-kljrangnya kepada beberapa organisasi. Perubahan-perubahan ini menjadikan sistem perakaunan pengurusan tradisional menjadi tidak lagi sesuai. Aliran utama yang membawa perubahan ini adalah:
1 . Implementasi perkilangan 'Just-in time' (JIT)
2. Peningkatan keperluan kualiti
3. Kepelbagaian keluaran dan kitaran hayat keluaran yang semakin pendek
4. Pengenalan kepada perkilangan berintegrasi-komputer
5. Diregulasi industri perkhidmatan



Tiada ulasan:

Catat Ulasan