Halaman

Khamis, 24 Januari 2013

7.3 Pengelasan Kos



Kos Perkilangan

Operasi perkilangan ialah satu operasi yang memproses bahan mentah menjadi barang siap. Operasi bukan perkilangan terdiri daripada dua iaitu operasi perdagangan yang menjalankan aktiviti membeli dan menjual barang siap dan operasi perkhidmatan yang menyediakan perkhidmatan kepada orang lain.

Kos perkilangan adalah bersamaan dengan kos pengeluaran yang terdiri daripada bahan mentah langsung, buruh langsung dan overhed kilang. Bahan mentah langsung ialah bahan mentah yang digunakan secara langsung dalam pengeluaran produk dan boleh dikesan secara langsung terhadap barang atau produk siap.

Manakala buruh langsung pula yang meliputi gaji, upah dan manafaat yang diberi kepada buruh atau pekerja yang terlibat secara langsung dalam penyediaan sesuatu produk siap.

Overhed kilang ialah semua kos-kos yang dimasukkan dalam pengeluaran selain daripada bahan mentah langsung dan buruh langsung. Bila kita bercakap tentang kos perkilangan, kita perlu melihat bagaimana kombinasi ketiga-tiga kos di atas dapat menghasilkan kos pengeluaran. Istilah kos penukaran dan kos prima juga akan selalu digunakan dalam membincangkan soal kos perkilangan.


Kos Prima ialah kos utama iaitu kos bahan mentah langsung dan buruh langsung yang digunakan untuk mengeluarkan produk siap. Ia dipanggil kos prima kerana tanpa kedua kos tersebut, produk tidak dapat dihasilkan.

Manakala kos penukaran pula ialah bersamaan dengan buruh langsung dan overhed. Kedua-dua kos ini dipanggil kos penukaran kerana item kos ini digunakan untuk menukar bahan mentah kepada barang siap.

Kos Prima
=
Kos Bahan Mentah Langsung + Kos Buruh Langsung
Kos Penukaran
=
Kos Buruh Langsung + Kos Overhed
Kos Pengeluaran
=
Kos Prima + Kos Overhead
Kos Pengeluaran
=
Kos Bahan Langsung + Kos Penukaran
Kos Pengeluaran
=
Kos Bahan Langsung + Kos Buruh Langsung + Kos Overhed
Kos Pengeluaran
=
Kos Produk

 
Kos Bukan Perkilangan

Kos bukan perkilangan pula adalah kos selain daripada kos perkilangan seperti :-

a. Kos barang niaga iaitu kos mendapatkan barang niaga dan produk siap yang dijual.

b. Kos pemasaran (jualan) iaitu kos yang berkaitan jualan dan pemasaran yang memastikan produk siap sampai kepada pengguna. Contohnya belanja komisen, iklan, sewa pejabat jualan, angkutan jualan dan sebagainya.

c. Kos pentadbiran ialah kos untuk menjalankan operasi sesebuah organisasi.
Contohnya gaji pengurus, susutnilai bangunan pentadbiran, belanja bekalan pejabat dan sebagainya.

d. Kos kewangan ialah kos yang melibatkan hal berkaitan dengan kewangan seperti faedah pinjaman, insurans

Tiada ulasan:

Catat Ulasan